PENYAIR
Penyair adalah orang yang tidak bahagia, kerana betapa pun
tinggi jiwa mereka,
mereka tetap
diselubungi airmata.
Penyair adalah adunan kegembiraan dan kepedihan dan
ketakjuban, dengan sedikit kamus.
Penyair adalah raja yang tak bertakhta, yang duduk di dalam
abu istananya dan cuba membangun khayalan daripada abu itu.
Penyair adalah burung yang membawa keajaiban. Dia lari dari
kerajaan syurga lalu tiba di dunia ini untuk berkicau semerdu-merdunya dengan
suara bergetar. Bila kita tidak memahaminya dengan cinta di hati, dia akan
kembali mengepakkan sayapnya lalu terbang kembali ke negeri asalnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar